TIP-TIP SUPAYA PRODUK
TUPPERWARE SENTIASA KELIHATAN BARU.
Rangkaian produk Tupperware dijamin tahan sepanjang hayat
dengan penjagaan minimum.Patuhi tip-tip ringkas di bawah untuk memelihara
kualiti produk anda.
Penyimpanan
· Keringkan bekas dengan kain lembut sebelum
menyimpannya di dalam cabinet atau di atas rak.
· Tanggalkan penutup bekas untuk memastikan bekas sentiasa berbau segar.
Minuman/Cecair
· Biarkan minuman panas sejuk terlebih dahulu
sebelum memasang penutup bekas.
· Cecair seperti sup,sos,minyak,gris memasak atau
makanan berlemak boleh menjadi panas dengan mudah.Sejukkan terlebih dahulu
sebelum menuangnya ke dalam bekas bagi mengelakkan kerosakan.
Kotoran
· Pes soda penaik sesuai untuk menanggalkan
kotoran atau sebarang kesan melekit.
Pecah dan Calar
· Gunakan pencuci cair dan span lembut untuk
membersih.Elakkan daripada menggunakan peralatan yang tajam,pencuci yang
melelas,kuat dan pekat.
· Untuk menanggalkan minyak,basuh bekas dan
penutup bekas dengan air suam dan sabun.
Ketuhar Gelombang
Mikro
· Produk-produk yang diperbuat khusus untuk
pemanasan semula seperti TupperWave Stack Cooker,Rock ‘N Serve dan CrystalWave
boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
· Bekas Tupperware untuk pemanasan semula direka
khas bagi tujuan memanaskan semula makanan sahaja.Jangan gunakan ia untuk
memasak makanan dan pastikan anda lebih berhati-hati semasa memanaskan semula
makanan yang tinggi kandungan gula,lemak dan minyak.
· Pemanasan semula makanan bersos tomato mungkin
meninggalkan kesan pada bekas disebabkan pewarna semula jadi yang terkandung
dalam kebanyakan sayur-sayuran.
· Jangan guna produk yang diperbuat khusus untuk
pemanasan semula di dalam ketuhar biasa,di atas dapur, di atas gril atau di
dalam ketuhar gelombang mikro perolakan dengan setting biasa.
Sebarang Bau yang Tidak Menyenangkan Boleh Disingkirkan Melalui Kaedah di Bawah.
· Letakkan sekeping arang atau sedikit gumpalan
akhbar di dalam bekas sebelum menutupnya.
· Cuci penutup dan bekas dengan pes soda penaik.
· Sapu seluruh permukaan dalaman dan penutup
dengan jus lemon dan air sebelum membilasnya.
· Cuci dengan campuran cuka dan air.
· Tanggalkan penutup dan biarkan bekas terbuka
sekiranya tidak digunakan.