Tupperware adalah satu bekas plastik yang digunakan
untuk menyimpan bahan makanan seperti jeruk dan biskut.Di Malaysia Tupperware sangat
popular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan keluarga dan pelajar
untuk digunakan sebagai bekas pembawa makanan seperti makanan
tengah hari.Contohnya nasi goreng, nasi ayam sandwich, nasi daging dan
sosej.Kebanyakan Tupperware terkini diperbuat daripada sejenis protein polyethene
yang berketumpatan rendah (low-density polyethylene) ataupun LDPE.Tupperware
ialah satu produk yang mempunyai pelbagai kebaikan dan faedah kepada manusia.
SELAMAT-Tupperware ialah produk yang selamat digunakan untuk
dijadikan sebagai bekas untuk menyimpan minuman seperti air sirap,air milo dan
sebagainya.Ini adalah kerana kebanyakan produk ini diperbuat daripada sejenis
protein polyethylene berketumpatan rendah (low-density polyethylene) ataupun
LDPE.Buktinya ialah menurut The Green Guide,iaitu merupakan sebuah laman web
dan majalah yang menumpukan kepada cara hidup yang sihat dan tidak mencemarkan
alam sekitar dan dimiliki oleh National Geographic Society.
MUDAH DI BAWA-Tupperware membolehkan kita
membawa makanan ke mana sahaja yang kita mahu.Ini adalah kerana saiz Tupperware
yang kecil dan mudah dimasukkan ke dalam beg.Contohnya apabila anda dan
keluarga berkelah untuk membawa makanan supaya tidak rosak,perlulah mempunyai
sebuah bekas untuk sejenis makanan.
TAHAN LASAK-Tupperware ialah satu bekas yang tahan lasak dan
tidak mudah pecah.Ini adalah kerana lapisan Tupperware dibuat supaya tebal dan
tidak mudah pecah serta kedap udara.
Kesimpulannya Tupperware adalah merupakan satu produk yang
sesuai dan selamat digunakan oleh pengguna.Oleh itu, gunalah Tupperware
terutamanya buatan daripada Malaysia.
No comments:
Post a Comment