Saturday, 31 December 2011

Sejarah Perkembangan Tupperware

               Tupperware telah dicipta oleh  Earl Silas Tupper (1907-1983) iaitu bekas yang diperbuat daripada sejenis bahan plastik daripada  polyethylene. Bekas ini telah dibangunkan oleh nya secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi sebuah bekas yang kedap udara,tahan lasak ,kalis air,lut sinar dan juga tahan lama. Kebanyakan produk Tupperware diperbuat plastik khas seperti LDPE dan HDPE.Pada awalnya, bekas Tupperware ini tidak mendapat perhatian daripada orang ramai. Tetapi, melalui strategi jualan lansung, beliau telah berjaya memperkenalkan bekas tupperware ini dikalangan suri rumah di Amerika Syarikat, iaitu melalui syarikat yang telah diasaskan oleh nya iaitu Tupperware Plastics Company pada tahun 1938. Dan beliau memperkenalkan produknya kepada orang ramai melalui kedai-kedai yang menjual barangan dan peralatan dapur pada tahun 1946. Sekitar tahun 1948, beliau telah bekerjasama dengan Brownie Wise iaitu bekas wakil jualan produk Stanley Home Product, untuk membantunya memasarkan bekas dan peralatan plastik yang berasaskan tupperware, melalui kaedah penganjuran parti dari rumah iaitu dengan menjemput rakan-rakan dan jiran dan mempromosikan bekas tupperware kepada mereka.

                   Tupperware mula terkenal pada waktu Perang Dunia Kedua, iaitu  dikalangan pengguna suri rumah yang pulang daripada sibuk bekerja sebagai bekas makanan yang effektif dan pelbagai guna, dengan hasil strategi dan  pengaruh Brownie Wise dikalangan wanita suri rumah, kerana pada waktu Perang Dunia Kedua ramai lelaki telah terkorban dalam Perang Dunia Kedua, secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap tenaga buruh di sektor industri dan sektor ekonomi lain di Amerika Syarikat. Pada tahun 1958, Brownie Wise telah dipecat oleh Earl Silas Tupper, dan Earl Silas Tupper  kemudiannya telah menjual syarikatnya Tupperware Plastics Company kepada Rexall iaitu sebuah syarikat yang mempunyai kedai berangkai ubat-ubatan yang berasal daripada Amerika Utara.Tupperware kemudian telah merebak ke benua Eropah pada tahun 1960, apabila Mila Pond menganjurkan parti Tupperware di Weybridge, England. Pada waktu itu, larangan ketat telah diberikan kepada etika kod pakaian untuk penjual tupperware daripada kalangan wanita, iaitu skirt dan pakaian ketat yang dipakai setiap masa bersama sarung tangan berwarna putih. Satu teknik yang dipanggil "carrot calling" membantu mempromosikan parti Tupperware ini;iaitu wakil jualan akan pergi dari rumah ke rumah dalam kejiranan, dan menunjukkan demonstrasi bagaimana bekas tupperware boleh menjadi bekas yang paling sesuai, untuk menyimpan bahan makanan agar supaya tahan lama. Rexall , kemudiannya bertukar nama kepada Dart Industries dan telah bergabung dengan Kraftco menjadi Dart & Kraft. Dart & Kraft kemudiannya berpecah, aset Dart dinamakan Premark International( Bertukar nama kepada Tupperware Brands Corporation).

            Pada tahun 1963, Tupperware Brands Corporation telah berkembang ke enam buah negara di Eropah seperti England,Perancis,Itali,Sepanyol,Turki,Belanda dan negara Eropah yang lain.Setelah tupperware diperkenalkan di negara-negara Eropah, produk Tupperware kemudian berkembang ke negara Asia dan Hemisfera Selatan seperti Jepun dan Australia. Selain itu, Tupperware juga mempunyai beribu pejabat di Afrika dan juga di Amerika Latin sebelum tahun 1970.Sejak daripada itu, Tupperware telah ke lebih seratus buah negara di seluruh dunia. Contoh, Malaysia, Indonesia,Korea,India, China dan banyak lagi.

            Kesimpulannya, Tupperware adalah produk yang sangat hebat dan berkembang merentasi pelbagai budaya dan bangsa dari zaman Perang Dunia Kedua sehinggalah kini mempunyai sejarah selama 60 tahun lebih.Tupperware juga dibuat dan jual di Malaysia.Oleh itu, anda sebagai rakyat Malaysia belilah barangan Tupperware yang dibuat di Malaysia bersempena dengan "Kempen Belilah Barangan Malaysia".Sokonglah produk Tupperware Malaysia.
         

           

Thursday, 22 December 2011

Pengenalan Tupperware


Tupperware adalah satu bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan bahan makanan seperti jeruk dan biskut.Di Malaysia Tupperware sangat popular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan keluarga dan pelajar untuk digunakan sebagai bekas pembawa makanan seperti makanan tengah hari.Contohnya nasi goreng, nasi ayam sandwich, nasi daging dan sosej.Kebanyakan Tupperware terkini diperbuat daripada sejenis protein polyethene yang berketumpatan rendah (low-density polyethylene) ataupun LDPE.Tupperware ialah satu produk yang mempunyai pelbagai kebaikan dan faedah kepada manusia.

SELAMAT-Tupperware ialah produk yang selamat digunakan untuk dijadikan sebagai bekas untuk menyimpan minuman seperti air sirap,air milo dan sebagainya.Ini adalah kerana kebanyakan produk ini diperbuat daripada sejenis protein polyethylene berketumpatan rendah (low-density polyethylene) ataupun LDPE.Buktinya ialah menurut The Green Guide,iaitu merupakan sebuah laman web dan majalah yang menumpukan kepada cara hidup yang sihat dan tidak mencemarkan alam sekitar dan dimiliki oleh National Geographic Society.

MUDAH DI BAWA-Tupperware membolehkan kita membawa makanan ke mana sahaja yang kita mahu.Ini adalah kerana saiz Tupperware yang kecil dan mudah dimasukkan ke dalam beg.Contohnya apabila anda dan keluarga berkelah untuk membawa makanan supaya tidak rosak,perlulah mempunyai sebuah bekas untuk sejenis makanan.

TAHAN LASAK-Tupperware ialah satu bekas yang tahan lasak dan tidak mudah pecah.Ini adalah kerana lapisan Tupperware dibuat supaya tebal dan tidak mudah pecah serta kedap udara.
Kesimpulannya Tupperware adalah merupakan satu produk yang sesuai dan selamat digunakan oleh pengguna.Oleh itu, gunalah Tupperware terutamanya buatan daripada Malaysia.

Monday, 19 December 2011

Tupperware catalogue